Waran Perjalanan Udara Awam


Pengenalan kepada WPUA Malindo Air


Malindo Air merupakan syarikat penerbangan rasmi untuk para pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri Malaysia untuk terbang bertugas di dalam dan luar negara.

Semua ejen pelancongan yang berdaftar dengan kementerian atau jabatan kerajaan Persekutuan perlu mendaftar dengan Malindo Air melalui Borang Pendaftaran Agensi Pelancongan Kerajaan. Agensi pelancongan kerajaan yang Malindo Air lantik akan menikmati keistimewaan yang kami sediakan.

Kami akan mengambil masa seminggu dari tarikh pendaftaran untuk memproses semua permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila tulis surat dan fakskan/e-melkan ke:

Bahagian Perhubungan Kerajaan
Malindo Airways Sdn. Bhd.
C-5-05, Block C, Oasis Ara Damansara,
2 Jalan PJU 1A/7A,
47301 Petaling Jaya, Selangor D.E.

T: +603-2035 6699 Ext: 1348     F: +603-5036 7059       E: govwpua@malindoair.com