Waran Perjalanan Udara Awam


Proses Pembayaran Pukal


  • Bil/ Invois dari Malindo Air akan dihantar ke PTJ pada setiap 15hb untuk rujukan.
  • Malindo Air akan menghantar AP504 kepada Pejabat Perakaunan (AO) selewat-lewatnya 10hb secara SFTP.
  • Semakan status pemprosesan pembayaran pukal dengan PTJ akan dibuat oleh Malindo Air dari masa ke semasa.
  • Pejabat Perakaunan (AO) akan membuat pembayaran kepada Malindo Air dalam tempoh TUJUH (7) hari bekerja selepas fail AP504 diterima secara pemindahan elektronik (electronic transfer).
  • Pejabat Perakaunan (AO) akan menghantar emel notifikasi kepada Malindo Air berserta AP505 & AP506.
  • Malindo Air akan mengesahkan punca sebarang penolakan berdasarkan data AP506 dan memaklumkan PTJ dan AO untuk pembetulan. Data baru selepas pembetulan dalam AP506 akan dimasukkan ke dalam AP504 pada bulan berikutnya.