Waran Perjalanan Udara Awam


Proses Pengwujudan Akaun


  1. Tiga (3) salinan Borang Kew. 310 yang boleh diperolehi daripada Pejabat Perakaunan masing-masing perlu dilengkapi oleh pegawai PTJ (Pusat Tanggungjawab).
  2. Borang Kew. 310 yang lengkap hendaklah dihantar kepada JANM Cawangan untuk semakan dan pengesahan sebelum dihantar kepada Malindo Air.
  3. Salinan pertama Borang Kew. 310 hendaklah dihantar kepada Malindo Air untuk Proses Pengwujudan Akaun Pukal dan salinan kedua hendaklah dihantar kepada PTJ yang terbabit. Salinan ketiga adalah untuk rujukan pihak JANM Cawangan.
  4. Borang Kew. 310 yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:

    Bahagian Perhubungan Kerajaan
    Malindo Airways Sdn Bhd
    C-5-05, Block C,
    Oasis Ara Damansara,
    2, Jalan PJU 1A/7A,
    47301, Petaling Jaya, Selangor.

    U/P: JEREMY LATEF & QUYA MUSTAFFA
  5. Pengwujudan akaun pukal akan diproses oleh pihak Malindo Air dalam masa 3 hari bekerja jika maklumat dalam Borang Kew. 310 itu lengkap.